Masaalah asma dan jantung
Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Bagaimana asma berlaku
Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab. Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit). Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku
Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran anda yang cenderung untuk membuat asma menjadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu. Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:
Jangkitan pernafasan dan selsema
Pendedahan kepada asap rokok
Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas
Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
Tekanan (stress)
Latihan (senaman)
Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen
Masaalah jantung
Peningkatan ritma jantung melebihi kadar normal antara 60 hingga 100 kali seminit, seiring dengan tahap kelajuan dan kepantasan aktiviti sukan dilakukan membuktikan kesihatan jantung individu berada di peringkat cemerlang.
Malah, ia juga normal jika anda berasakan kadar degupan jantung kian meningkat ketika menyaksikan adegan filem seram yang penuh dengan kejutan.
Tetapi dalam keadaan santai tanpa melakukan apa-apa aktiviti, pernahkah anda mengalami situasi jantung berdebar-debaJika pernah, ini mungkin satu daripada penanda wujud masalah kesihatan jantung yang tidak anda sedari sebelum ini.
“Penyakit jantung dikaitkan dengan saluran darah tersumbat hingga mengakibatkan serangan jantung sering berlaku terhadap golongan lelaki serta kelompok wanita berusia melalui menopaus, berbanding wanita muda.
“Risiko bagi wanita muda mendapat serangan sakit jantung seperti ini adalah rendah. Hanya satu hingga dua peratus wanita muda mengalami masalah ini.
“Ada pelbagai jenis keadaan penyakit jantung, namun paling digusarkan adalah saluran arteri dalam darah tersumbat hingga mengakibatkan organ berkenaan rosak.
“Menyentuh isu jantung berdebar-debar, wanita muda akan mudah berasa cemas, sesak nafas, terasa dada mencucuk-cucuk hingga membuatkan mereka sukar tidur pada waktu malam.
“Umumnya, semua gejala ini berpunca daripada elemen stres dan gaya hidup tidak sihat seperti kurang tidur dan senaman yang mendorong kepada pengeluaran hormon tidak stabil.
“Jika seseorang itu gagal menangani tekanan atau mengubah gaya hidup, ini membolehkan seseorang itu berisiko mendapat penyakit lain seperti darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes yang mengakibatkan saluran darah senang tersumbat selepas mereka berusia 45 tahun.
“Selain faktor ini, masalah jantung berdebar-debar disebabkan kebocoran injap dalam organ jantung dan nadi yang tidak seragam,” katanya ketika ditemui.
Jelasnya, masalah jantung berdebar-debar adalah perkara normal jika individu mengalami perasaan takut, bimbang dan sebagainya, namun penting untuk kita mengenal pasti bilakah keadaan itu berlaku.
Seandainya jantung berdebar-debar ketika melakukan aktiviti, berasa takut, teruja mahupun dalam keadaan stres, ia adalah perkara biasa, jika sebaliknya, jantung dikategorikan tidak normal.
“Situasi jantung berdebar-debar kadang-kadang boleh berpunca daripada elemen litar pintas pada jantung.
“Ini bermaksud jantung berkenaan mempunyai kadar denyutan lebih tinggi dan laju mencecah atau melebihi 110 kali seminit tanpa kita melakukan apa-apa pergerakan.
“Selepas menganalisis ketiadaan faktor stres, pengambilan kopi berlebihan atau kurang tidur.
“Saya menyarankan supaya rawatan awal perlu dibuat kerana dibimbangi ada saraf dalam jantung yang mengalami litar pintas.
“Dalam jantung manusia ada sistem saraf yang berfungsi mengalirkan elektrik untuk menghasilkan denyutan.
“Kadang-kadang sistem saraf itu boleh terpintas, seterusnya membuatkan ritma jantung bertukar laju.
“Selain litar pintas dalam sistem saraf, gangguan denyutan jantung ini juga boleh berlaku hormon tiroid terhasil daripada kelenjar tiroid yang terletak di bahagian depan leher.
“Hormon ini berfungsi mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi badan, metabolisme.
“Masalah tiroid yang mendorong kepada jantung berdebar-debar terbahagi kepada hipertiroid (terlebih aktif) dan hipotiroid (kurang aktif) terjadi akibat jangkitan virus dan faktor genetik.
“Gejala hipertiroid seperti tapak tangan berpeluh, kadar nadi yang laju, mudah rasa gementar, sering berasa panas dan bertubuh kurus, manakala hipotiroid pula bertentangan.
“Selalunya masalah hormon tiroid ini boleh dikenal pasti menerusi ujian darah dan kaedah rawatannya adalah dengan melakukan rawatan bekam,rawatan saraf dan pengambilan minyak zaitun extra virgin .
“Sekiranya pesakit mengabaikan rawatan, kadar denyutan jantung yang laju boleh membuatkan jantung menjadi bengkak sekali gus melemahkan organ berkenaan.
Jika anda bosan menghadapi kesakitan, tidak selesa dan simptom lain yang berkaitan dengan asma dan jantung, jadualkan perundingan dengan Rawatan Saraf Ibnu Ismail dengan menghubungi kami
Pusat rawatan kami sebelah Surau Taman Ramal Desa , Sungai Ramal Dalam, berhampiran dengan Bandar Baru Bangi.
https://maps.app.goo.gl/NsitCWpUcw85koWn9
Untuk mendapatkan rawatan daripada kami boleh call atau wassup kami http://wa.me/c/601139918816