Trigger Finger
‘Trigger finger’ adalah satu keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (´snap´) semasa diluruskan. Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan di susuli dengan sakit yang amat sangat.
‘Trigger finger’ adalah disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari kita. Sebab utama kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang terlibat. Ia lebih biasa ditemui pada kaum wanita diantara umur 40 – 60 tahun. Risiko untuk mengalami ‘trigger finger’ adalah lebih pada pesakit diabetes mellitus dan rheumatoid arthritis.
Tanda dan gejala
jari yang susah untuk bergerak terutama pada waktu pagi
bengkakan yang kecil pada jari yang terlibat
tersangkut pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan
bunyi “klik” semasa pergerakan jari
Rawatan
Rawatan ‘trigger finger’ bergantung kepada gejala yang dialami oleh pesakit. Pada peringkat awal, fisioterapi, latihan senaman jari, merendamkan jari didalam air suam dan urut boleh membantu memulihkan ‘trigger finger’.
‘Trigger finger’ adalah satu keadaan yang tidak bahaya. Rawatan sansangan saraf adalah cadangan rawatan yang terbaik untuk merawat masaalah trigger finger. Alhamdulillah setakat ini ramai yang mengalami masalah ini dapat dirawat dan jari mereka telah kembali seperti sedia kala.
Pencegahan
Berehat semasa bekerja adalah digalakkan untuk individu yang menggunakan jari untuk pergerakan berulang (menjahit, menaip komputer atau menulis)
Jika anda ingin kembalikan kecergasan dan ingin merasai nikmat kesihatan yang baik, jadualkan perundingan dan rawatan dengan Rawatan Saraf Ibnu Ismail segera dengan menghubungi kami.
Pusat rawatan kami sebelah Surau Taman Ramal Desa , Sungai Ramal Dalam, berhampiran dengan Bandar Baru Bangi.
https://maps.app.goo.gl/NsitCWpUcw85koWn9
Untuk mendapatkan rawatan daripada kami boleh call atau wassup kami
http://wa.me/c/601139918816