Slipped disc
Juga dikenali sebagai herniated disc, adalah keadaan di mana cakera di tulang belakang menonjol keluar dari kedudukan normalnya dan memberi tekanan pada saraf sekeliling, Ia boleh disebabkan oleh haus dan rapuh yang berkaitan dengan usia, kecederaan, atau ketegangan yang berlebihan pada tulang belakang. Seringkali berlaku kepada ramai orang kerana keadaan kemampuan diri atau fitness sangat lemah tetapi melakukan kerja yang bukan kebiasaan menggunakan kekuatan pinggang diluar kudrat dan kemampuan. Walaubagaimanapun ramai dikalangan ahli bina badan juga terkena masalah slipped disc, ini disebabkan oleh kaedah pernafasan dan pergerakan atau langkah yang salah ketika melakukan aktiviti bina badan.
Gejala Slipped disc boleh berbeza-beza, tetapi boleh termasuk kesakitan, kebas atau kelemahan di bahagian belakang bawah dan tengah, lengan atau kaki sakit, kebas atau kesemutan pada lengan atau kaki, kelemahan otot dan kesukaran berjalan atau berdiri.
Diagnosis: Doktor atau perawat/pengamal perubatan boleh mendiagnosis slipped disc melalui pemeriksaan fizikal, semakan sejarah perubatan , CT scan dan ujian MRI.
Rawatan ransangan saraf dan kiropraktik adalah kaedah yang sangat sesuai untuk orang yang menderita slipped disc.Rawatan rangsangan saraf pada point tertentu yang mengarah ke bahagian saraf tulang belakang, rawatan kiropraktik juga perlu untuk merawat dan menjarakkan kembali kedudukan ruas tulang belakang yang menghimpit antara satu sama lain. Walau bagaimanapun pesakit perlu mengulangi rawatan tersebut berulangkali sehingga kesan kesakitan benar benar hilang.
Penyembuhan bukanlah hanya sekali rawatan terus sembuh dengan kos yang sangat minimum tapi mengharapkan kesan yang maksimum. kesan penyembuhan akan tercapai apabila rawatan berterusan sehingga kesan kesakitan benar benar hilang. Tetapi pada kiraan dan anggaran kami kos tersebut masih dibawah sepuluh peratus atau jauh lebih rendah daripada kos rawatan hospital swasta yang mencapai puluhan ribu ringgit. Sedangkan pembedahan yang dilakukan oleh hospital swasta yang berpuluh kali ganda lebih mahal masih diyakini walaupun kesan negatif atau kesan sampingan selalunya lebih teruk daripada sebelum pembedahan di buat itupun pemeriksaan dan rawatan dengan temujanji yang berulang ulang sebelum dan selepas pembedahan.
Ubat ubatan sintetik untuk melegakan kesakitan juga bukanlah rawatan yang baik bagi kami terutamanya untuk golongan muda kerana kesan buruk kepada anggota yang lain sangat menakutkan terutamanya kesan kerosakan buah pinggang dan hati yang sangat cepat selepas mengkomsusi ubat ubatan tersebut. Untuk mendapatkan kesan yang sangat cepat silakan makan ubat ubatan modern yang mana sekali makan terus hilang sakitnya atau injection. Tapi tunggulah kesan sampingannya kemudian hari ya.
Kami lebih menggalakkan pengambilan ubat ubatan sunnah dan tradisional yang dipastikan asli dan diambil daripada ahli yang mahir dalam menentukan keasliannya contohnya olive house dan Assauda ataupun herba herba yang didapatkan daripada pembekal dan pengamal herba tempatan. Walaupun kesan penyembuhannya sedikit lambat tetapi pencapaiannya sangat tinggi.
Untuk rawatan yang berterusan di rumah,pesakit perlu melakukan terapi fizikal, terapi panas atau sejuk (tuaman), dan senaman tradisional melayu lama adalah sangat bermanfaat untuk menguatkan otot dan memperbaiki saraf. Latihan pernafasan untuk meningkatkan daya terapi diri (self healing) juga sangat baik tetapi harus dipelajari dari ahli yang mahir.
Untuk membantu mengelakkan cakera tergelincir, penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat, mengamalkan postur yang baik dan melakukan senaman yang kerap untuk menguatkan otot yang menyokong tulang belakang. Ia juga penting untuk mengangkat objek berat dengan kaedah dan pernafasan yang betul.
Sciatica...
Sciatica adalah berpunca daripada kegagalan sistem saraf sciatic yang berlaku di bahagian Lumbar, keadaan biasa yang dicirikan oleh rasa sakit yang memancar di sepanjang saraf sciatic, yang merupakan saraf terpanjang dan terluas dalam badan. Ia berjalan dari bahagian bawah belakang ke bawah melalui pinggul dan kaki. Sciatica boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk cakera hernia, stenosis tulang belakang, tumor tulang belakang, dan keadaan degeneratif seperti osteoarthritis.
Gejala sciatica selalunya termasuk sakit yang tajam dan terbakar di bahagian bawah belakang, pinggul, atau kaki, serta kebas, kesemutan, dan kelemahan otot. Keamatan dan kekerapan kesakitan boleh berbeza-beza, dan ia mungkin lebih teruk apabila duduk, berdiri, atau membongkok.
Diagnosis sciatica biasanya melibatkan peperiksaan fizikal dan sejarah perubatan, serta ujian pengimejan seperti X-ray, imbasan CT, atau imbasan MRI. Pilihan rawatan untuk sciatica mungkin termasuk:
1. rawatan ransangan saraf dari Urutan Saraf Ibnu Ismail sangat dianjurkan dan dicadangkan kerana merawat punca kesakitan adalah jalan terbaik.
2. Terapi fizikal, yang boleh membantu menguatkan otot di bahagian belakang dan kaki, meningkatkan kelenturan, dan mengurangkan kesakitan.
3. Terapi panas/sejuk, yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan kekejangan otot.
4.Senaman, seperti berjalan, berenang, atau yoga, yang boleh membantu meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan kesakitan.
5. Rawatan Kiropraktik adalah penting kerana rawatan ini boleh membantu menjajarkan semula tulang belakang dan mengurangkan tekanan pada saraf sciatic. Dalam syistem rawatan Urutan Saraf Ibnu Ismail ,kami meletakkan rawatan Kiropraktik sebagai rawatan penutup dalam setiap jenis rawatan
6. Rawatan Urutan Saraf Ibnu Ismail tidak menggalakkan pesakit sciatica melakukan sebarang pembedahan kerana sebahagian pesakit yang melakukan pembedahan mengalami symptom kesakitan yang lebih teruk daripada sebelum melakukan operasi pembedahan.
Adalah penting untuk segera merawat apabila tanda tanda awal sudah dirasai, kerana rawatan awal boleh membantu mencegah keadaan menjadi lebih teruk.
Jika anda bosan menghadapi kesakitan, tidak selesa dan simptom lain yang berkaitan denga nSlipped Dics dan Sciatica, jadualkan perundingan dengan Rawatan Saraf Ibnu Ismail dengan menghubungi kami
Pusat rawatan kami sebelah Surau Taman Ramal Desa , Sungai Ramal Dalam, berhampiran dengan Bandar Baru Bangi.
https://maps.app.goo.gl/NsitCWpUcw85koWn9
Untuk mendapatkan rawatan daripada kami boleh call 01139918816 atau wassup kami dengan tekan butang wassup di bawah wa.me/c/601139918816