SCIOLOSIS


Scoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang melengkung secara tidak normal ke sisi. Ia boleh menyebabkan tulang belakang seseorang kelihatan seperti bentuk "S" atau "C". Keadaan ini boleh berlaku pada mana-mana umur, tetapi ia paling kerap didiagnosis pada kanak-kanak semasa di peringkat awal pesat pertumbuhan mereka, antara umur 9 dan 15. 


Ianya seringkali berpunca daripada cakera tulang belakang yang terhimpit atau tergelincir kedudukannya dan menekan saraf tunjang  akibat aktiviti di luar kemampuan sehingga bahagian tulang belakang menjadi tidak selesa dan kemungkinan sakit, keadaan tersebut menyebabkan individu yang mengalaminya membengkokkan tulang belakang secara refleks yakni  dalam keadaan tidak sedar untuk mendapatkan posisi yang lebih selesa. Dalam kes ini, jika kesan awal dikenal pasti dan rawatan segera di buat, insyaallah kedudukan tulang belakang akan kembali pulih   

Faktor lain Scoliosis juga  dipercayai berpunca daripada faktor genetik yang bermaksud bahawa seseorang dilahirkan dengannya. Dalam kes ini untuk menjadikan tubuh seseorang kembali menjadi normal seperti orang yang normal adalah amat sukar,melainkan dirawat seawal bayi dengan rawatan yang konsisten.


Scoliosis  menyebabkan kesakitan, menjejaskan postur, dan menyukarkan untuk melakukan aktiviti harian. Dalam kes yang teruk, ia juga boleh menjejaskan fungsi paru-paru jantung dan organ organ yang lain yang menyebabkan kesukaran bernafas

Beberapa simptom biasa scoliosis termasuk bahu tidak rata, bilah bahu yang menonjol, pinggang senget, pinggul yang melekat pada sebelah dan sangkar rusuk yang tidak rata.    


Rawatan terbaik untuk scoliosis adalah kembali kepada punca utamanya, diikuti dengan rawatan mengembalikan postur atau bentuk tulang belakang yang membengkok. Rawatan ini memerlukan tempoh masa tertentu sehingga bentuk tulang belakang menjadi normal kembali. Walaubagaimanapun penjagaan dan gaya hidup yang sihat adalah sangat penting dalam setiap rawatan kerana apabila seseorang yang sihat pun apabila membiasakan bentuk postur tubuh yang salah berkemungkinan untuk scoliosis terjadi juga ada. 


Jika anda ingin kembalikan kecergasan dan ingin merasai nikmat kesihatanyang baik, jadualkan perundingan dan rawatan dengan Rawatan Saraf Ibnu Ismail dengan menghubungi kami.


Jika anda ingin kembalikan kecergasan dan ingin merasai nikmat kesihatan yang baik, jadualkan perundingan dan rawatan dengan Rawatan Saraf Ibnu Ismail segera dengan menghubungi kami.


Pusat rawatan kami sebelah Surau Taman Ramal Desa , Sungai Ramal Dalam, berhampiran dengan Bandar Baru Bangi.


https://maps.app.goo.gl/NsitCWpUcw85koWn9


Untuk mendapatkan rawatan daripada kami boleh call atau wassup kami 01139918816 atau tekan butang wassup di bawah



LinkLinkFacebookTikTokInstagramYouTube