Rawatan tenaga batin /tenaga kelakian
Lemah tenaga batin berkait rapat dengan kesihatan dan kekuatan seksual lelaki dan ini merupakan perkara yang sangat merisaukan bagi golongan lelaki. Lemah tenaga batin dikenali sebagai lemah nafsu syahwat dan juga mati pucuk timbul disebabkan oleh organ seksual lelaki tidak berfungsi mengikut kebiasaan yang normal. Rangsangan seksual lelaki merupakan satu perkara yang sukar difahami kerana ia melibatkan hubungan antara otak, hormon, emosi, saraf, otot, dan salur darah.
Kegagalan organ seksual berfungsi secara normal disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding organ seksual.
Berikut merupakan penyebab lemah tenaga batin:
Menghidapi penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, obesiti dan banyak lagi
Suka merokok
Masalah berkaitan emosi seperti stres dan kesihatan mental.
Pengambilan ubat-ubatan kimia.
Mempunyai masalah dalam perhubungan dengan pasangan
Sering beronani
Pengambilan minuman beralkohol.
Mengamalkan minuman sejuk,bergas dan terlalu manis secara berlebihan
Jarang melakukan hubungan suami isteri
Antara simptom lemah tenaga batin ialah:
Sukar mendapatkan ereksi.
Sukar mengekalkan ereksi.
Penurunan nafsu seksual.
Air mani yang cair dan sedikit
Pancutan air mani yang lemah
Allah Yang Maha Penyayang (Al-Rahim) telah menganugerahkan fitrah kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Islam menghalalkan hubungan istimewa antara lelaki dan perempuan ini melalui perkahwinan. Dengan ini amatlah penting bagi perempuan dan lelaki terutamanya memelihara diri mereka daripada perkara-perkara yang boleh melemahkan tenaga batin. Hiduplah dengan mengamalkan gaya hidup fitrah agar sistem enjin jasad kita dapat berfungsi mengikut Teknologi Fitrah. Makan makanan yang sihat dan bernutrisi, bersenam selalu dan jauhi rokok
Jika anda ingin kembalikan kecergasan dan ingin mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, jadualkan perundingan dan rawatan dengan Rawatan Saraf Ibnu Ismail dengan menghubungi kami
Pusat rawatan kami sebelah Surau Taman Ramal Desa , Sungai Ramal Dalam, berhampiran dengan Bandar Baru Bangi.
https://maps.app.goo.gl/NsitCWpUcw85koWn9
Untuk mendapatkan rawatan daripada kami boleh call atau wassup kami wa.me/c/601139918816